TIPS MUDAH SEBELUM MEMULAKAN APA-APA PERNIAGAAN
LANGKAH PERSEDIAAN SEBELUM MEMULAKAN PERNIAGAAN
MOHON RESTU IBU BAPA atau SUAMI
Berbincang dengan mereka. Jumpa atau hubungi mereka. Mohon doa mereka untuk kita. Buang perasaan ego untuk meminta maaf, minta restu, doa dan ucapkan rasa sayang dengan ikhlas dan jelas. Biar menangis meminta restu dan doa supaya rezeki dan kejayaan datang silih berganti.
PRODUK
Pilih produk yang ideal. Margin yang sesuai. Produk yang menjadi keperluan dan permintaan yang tinggi. Andai kata kita orang baru dalam dunia perniagaan dan tak punya asas untuk berniaga, maka pilih sahaja untuk jual produk orang lain.
Jangan tamak untuk berniaga produk sendiri.
NIAT
Setiap pagi pasang niat berniaga sejurus bangun dari tidur.
'Sahaja Aku Berniaga Hari Ini Untuk Membantu Lebih Ramai Pelanggan Melalui Manfaat Produk Kerana ALLAH Taala '.
Niat berniaga mesti jelas. Jadikan amalan setiap pagi tau.
Semoga bermanfaat.
#MamaNurulAsmak
Comments
Post a Comment