ANAK MATANG SEBELUM USIANYA



Suatu ketika dahulu, rata rata anak gadis mencecah akhil baligh pada usia 12/13 tahun.

Kini, jika anda perhatikan, semakin  ramai anak gadis menjadi matang pada usia yang lebih muda. Di US, 16% anak gadis matang pada usia 7 tahun dan 30% matang pada usia 8 tahun.

Hal ini bukan sesuatu perkara yang baik kerana ia melibatkan masalah kesihatan, gangguan emosi serta risiko kanser payudara apabila dewasa.

Mengapa trend ini terjadi?
.

✅ Kegemukan
Kajian menunjukkan, masalah kegemukan yang berlaku pada kanak kanak pada hari ini menyebabkan gangguan pada paras estrogen.

✅ Kurang Aktiviti Fizikal
Selain itu, akibat tidak aktif dalam aktiviti fizikal, pasas melatonin semakin berkurangan dan ini merangsang otak untuk memulakan proses kematangan dengan lebih awal.

✅ Pemakanan
Pemakanan tidak seimbang yang kaya dengan lemak, bahan proses dan daging juga merupakan antara punca yang dikenalpasti.

✅ Bahan Kimia
Pendedahan kepada bahan kimia yang menyerupai hormon estrogen seperti BPA dan Phalates juga boleh menyebabkan masalah ini. Bahan kimia ini terdapat dalam produk plastik seperti pembungkus makanan, bekas minuman dan cawan.

✅ Faktor lain
Selain faktor faktor tersebut, ada juga punca akibat ketumbuhan di otak, jangkitan dan juga faktor keturunan.

Menyedari akan risiko ini, ibu bapa boleh mengambil langkah pencegahan dengan memastikan anak anak gadis memiliki berat badan yang sihat dan mengamalkan pemakanan yang seimbang.

Sekiranya, ia telah berlaku, pastikan mereka mendapat sokongan emosi dan masih tidak terlambat untuk beralih kepada gaya hidup yang lebih sihat.

Info : public health Malaysia


Comments

Popular posts from this blog

VITAMIN C SEMULAJADI

KHASIAT MADU YANG BAIK UNTUK TUBUH BADAN MANUSIA

PERTOLONGAN ALLAH DATANG PADA WAKTU YANG TEPAT