TIPS ANAK MUDAH HAFAZ SURAH-SURAH LAZIM SEAWAL USIA 3 ATAU 4 TAHUN




Setiap ibu dan ayah di dunia ini mahukan anaknya menjadi seorang anak yang berjaya. Tapi kita jangan lupa, akhirat juga perlu dititikberatkan jua. 

Seimbangkan antara dunia dan akhirat bersama. Didik dan tunjukkan contoh yang baik kepada anak. Kalau kita nak anak hafiz atau hafizah, kita perlu baca quran setiap hari terlebih dahulu.

Sebaiknya sebelum anak dihantar ke sekolah tadika, mereka pandai membaca al fatihah dan 3 qul dari tangan dan hasil tunjuk ajar kita sebagai ibu dan ayah mereka. 

Mudah-mudahan selagi mana anak-anak kita amalkan surah-surah tersebut, kita sebagai ibu atau ayah yang mengajarnya dapat pahala buat bekalan di akhirat sana.

Nurul kongsikan sedikit tips dari pengalaman Nurul sendiri yang Nurul buat pada anak-anak mudah untuk hafaz surah-surah lazim.

1. Amalkan memberi anak-anak madu setiap pagi semasa perut kosong dan malam sebelum tidur. 

2. Jaga pemakanan anak, kurangkan pengambilan makanan ringan. Sesekali tak mengapa tapi kalau boleh elakkan. Lebih baik berikan gajus atau kekacang.

3. Setiap kali lepas mengaji, baca satu ayat dalam satu surah. Kemudian ulang sebanyak tiga kali untuk surah tersebut.

4. Keesokan harinya, jika sudah hafaz ayat semalam, boleh ditambah dengan ayat yang baru dan lakukan perkara yang sama tapi ulang dari ayat pertama. Lakukan hingga habis satu surah.

5.Mulakan surah baru selepas selesai satu surah dan ulang langkah yang sama.

6.Untuk biar kekal lama dalam memori anak, setiap pagi dalam perjalanan ke sekolah minta baca surah yang sudah dihafaz.

7.Jika tak sempat waktu pagi mungkin kelam kabut atau nak cepat, boleh dibaca semasa dalam perjalanan pulang ke rumah. 

8.Jika sudah khatam Quran, boleh mula hafaz surah panjang.

9.Ibu atau ayah perlu sama baca atau hafaz supaya proses menghafaz menjadi seronok.

10.Sesekali pada waktu lapang atau hujung minggu, semak bacaan hafazan surah dan beri hadiah kejutan sebagai tanda menghargai pencapaian mereka.


Semoga bermanfaat buat semua.


#MamaNurulAsmak

Comments

Popular posts from this blog

VITAMIN C SEMULAJADI

KHASIAT MADU YANG BAIK UNTUK TUBUH BADAN MANUSIA

PERTOLONGAN ALLAH DATANG PADA WAKTU YANG TEPAT