KEGUNAAN LEMON TATKALA ANAK DEMAM MAHUPUN BATUK


Maklumlah cuaca sekarang sangat panas jika dibandingkan dengan cuaca sebelum ni yang kadangkala hujan. Punya lah dah lama tak hujan sehingga anak pun selalu jatuh sakit terutama sekali demam. Demam yang berulang walaupun makan antibiotik habis.

Ibu-ibu mesti risau yang amat kalau anak demam. Tapi, kalau nak bagi makan ubat, tak baik pula untuk organ dalaman anak kita yang belum cukup matang itu. Jadi, eloklah kita cari cara lain untuk merawat demam anak kita.

Salah satu cara nak turunkan suhu badan anak adalah dengan menggunakan buah lemon. Ini kerana buah lemon membantu untuk menurunkan suhu badan yang panas dengan cepat.

Berikut antara teknik merawat demam, batuk atau selsema anak. Cara nak buat pun senang sahaja. Semudah ABC. Bahan-bahan yang kita perlukan hanyalah buah lemon dan air. Lemon boleh dihiris mahupun diperah untuk diambil jusnya.
)
1. Air perahan lemon bersama air
(Nisbah 1:1)
– Perah lemon ke dalam mangkuk dan campurkan dengan air.
– Masukkan ke dalam botol spray dan semburkan di kepala anak kita supaya sentiasa basah. Boleh juga di rendam dengan kain dan diletakkan di kepala si manja.

2)Rendam sarung kaki (stokin)
Selain itu, boleh juga cuba basahkan sarung kaki anak di dalam campuran air lemon untuk seketika. Angkat sarung kaki, perah sedikit. Pakaikan sarung kaki kepada anak pada waktu malam.

3)Hirisan Lemon
– hiriskan lemon dan lekatkan di tapak kaki anak dan silotipkan lemon itu supaya tak tanggal 🙂
– Semburkan kan kaki dan kepala si manja dengan air perahan lemon juga supaya kaki mereka sentiasa basah. In sha Allah cepatlah turunnya suhu yang panas tu.

4)Mandian Lemon
1- Penuhkan bekas mandian bayi dengan air suam
2- Potong 1-3 biji lemon dan letakkan di dalam air
3- Biarkan lemon terendam di dalam air selama 2 minit
4- Siap boleh mandikan bayi anda
sambil gosok-gosok lemon pada tapak kaki anak.

Selamat mencuba

Kredit : Penulis Asal


#MamaNurulAsmak

Comments

Popular posts from this blog

VITAMIN C SEMULAJADI

KHASIAT MADU YANG BAIK UNTUK TUBUH BADAN MANUSIA

PERTOLONGAN ALLAH DATANG PADA WAKTU YANG TEPAT