TIPS BUAT ANAK BERSELERA MAKAN
TIPS BUAT ANAK BERSELERA MAKAN
Semestinya ibu ayah runsing bila memikirkan anak yang tak suka makan atau tak berselera nak makan. Nurul ada tips yang sedikit sebanyak membantu ibu ayah di luar sana.
- Belikan set pinggan dan gelas yang cantik buat dia teruja nak makan. Samada ada gambar kartun kegemarannya atau warna kesukaannya.
- Bagi dia buat pilihan menu yang kita telah senaraikan. Kadangkala pilihan yang dia buat akan membuatkan anak lebih teruja dan nak makan.
- Masak sambil berdoa dan berzikir moga makanan yang dimasak menjadi ikatan kasih dan sayang antara ibu dan anak-anak.
- Elakkan dari beri susu atau air setengah jam sebelum waktu makan sebab bila perut kenyang anak memang tolak mentah-mentah untuk makan.
- Bagi peluang anak berdikari makan sendiri dengan pinggan dan gelas yang dia suka. Mungkin itu buat mereka gembira dan teruja sesama mereka untuk habiskan makanan.
- Sambil baca buku dengan anak sambil selitkan pentingnya makan untuk memberi tenaga dan perkembangan tumbesaran otak dan tubuh badan supaya dimindanya terlekat akan kepentingan makan.
- Sekali sekala suapkan anak supaya dia rasa kita sayang dan hargai dia makan makanan kita masak kerana ada masa anak nak bermanja dengan ibu dan ayahnya.
- Bila pergi bercuti atau berjalan-jalan dihujung minggu, bagi anak peluang untuk pilih makanan yang dia suka makan asalkan mengenyangkan bukan snek ringan.
- Perlu tunjuk contoh pada anak-anak akan kesusahan orang lain yang susah untuk dapatkan makanan sehingga terpaksa berlapar kerana tiada makanan dan kurus sebab tak cukup zat dan vitamin. Contoh masa menonton televisyen bersama sewaktu berita atau rancangan am.
- Jangan lupa hiasakan atau hidang dengan cara dan warna yang menarik untuk menarik minat anak untuk makan.
- Buat dan atur jadual makan dan konsisten makan pada waktu yang sama supaya disimpan diminda anak agar dia akan bertanya menu apa hari ni untuk lebih bersemangat dan berselera hendak makan.
- Selain dari kita ikhtiar dengan cara semulajadi, boleh juga ambil makanan tambahan lain sebagai pemangkin selera anak.
Selamat mencuba. Semoga bermanfaat buat semua.
#MamaNurulAsmak
Bagusnya info ni. Terima kasih! 😄
ReplyDeletePengalaman sendiri puan 😉
Delete