RESEPI AIR HALIA TURUN TEMURUN DARI BIDAN
Ramai wanita yang bersalin secara pembedahan mengalami kegemukan, badan lembek dan mengelember. Ini adalah kerana mereka hanya focus pada kesembuhan luka pembedahan, hanya mendengar nasihat doctor moden sahaja. Kurang pengetahuan tetang fungi fungsi dan kesihatan organ peranakan. Sebagaimana ibu ibu bersalin normal, mereka yang menjalani pembedahan harus mengamalkan pengambilan herba dalam pantang bagi mengatasi masalah pengumpulan angin di dalam rahim. Pada awal berpantang, disyorkan mengamalkan maajun,air rumusan akar serai, air rumusan jadam dan air halia. Hari ini akk nak share resepi air halia yang telah lama akk amalkan, sewaktu berpantang dan ketika haid. Resepi air halia Air rebusan halia yg diambil sebagai minuman harian dapat memulihkan kesihatan dan kesegaran otot dan memberi seri pada wajah. Bahan 6cm halia 3 btg serai serta akar 3 helai daun pandan 1sudu besar jintan hitam 1sudu teh halba 1 sudu teh gula kabung. Cara menyediakan 1.halia dihiris n