MUHASABAH DIRI DENGAN MUTIARA KATA HABIB UMAR HAFIDZ



Sambungan sebelum ni...


11. Bila aku merasa harus membalas kejahatan orang terhadapku, aku teringat Rasulullah ketika beliau dilempari batu, dipukul, dan diusir dari Thoif, maka beliau hanya berdoa kebaikan dan hidayah untuk seluruh kampung tersebut, shalallahu alaihi wa sallam.

12. Ramai wanita yang meniru wanita-wanita di TV, sehinggakan mereka tidak kenal lagi siapa Sayyidatina Fatimah Binti Rasulullah SAW.

13. Sungguh celaka la orang orang yang tidak melihat wajahnya Nabi Muhammad di akhirat kelak,iaitu orang orang yang mengagungkan para pemain bola sepak dan para artis lebih dari mengagungkan Rasulullah Saw dan para sahabat r.a.

14. Layanlah orang tuamu seperti Raja, maka rezekimu juga akan menjadi seperti Raja.

15. Jika jernih keadaan seorang mukmin, maka dia tak akan sabar untuk zikir kepada Allah.

16. Orang yang selalu mempunyai hubungan dengan Allah , maka Allah akan penuhi hatinya dengan rahmat dan ketenangan di setiap waktu.

17. Didiklah mata hati supaya jangan memandang hina pada orang lain walaupun dengan ahli maksiat.

18. Seandainya Allah perlihatkan pahala kesabaran, pasti ramai manusia yang berlumba lumba mendekati ujian.

19. Jangan sibuk dengan hal orang lain. Jaga lah hati kamu. Biarkan hati kamu senantiasa bersujud kepada Allah.

20. Wahai kamu semua yang mengharapkan pandangan daripada Allah, berselawatlah kepada rasulullah SAW.

Semoga bermanfaat

#MuhasabahDiri

Comments

Popular posts from this blog

VITAMIN C SEMULAJADI

KHASIAT MADU YANG BAIK UNTUK TUBUH BADAN MANUSIA

PERTOLONGAN ALLAH DATANG PADA WAKTU YANG TEPAT