TIPS BUAT ANAK SUKA GOSOK GIGI
Kebanyakan kanak-kanak, rata-rata di usia 4 hingga 5 tahun sudah rosak giginya. Mungkin berpunca dari kurang kalsium, atau kekerapan makan makanan manis yang tiada hadnya.
Untuk mengelakkan perkara sedemikian berlaku, kita wajib galakkan anak menggosok kita paling kurang sehari dua kali, sewaktu mandi pagi dan mandi petang.
Di sini saya ada sedikit tips nak dikongsikan bagaimana buat anak suka gosok gigi tanpa dipaksa terutama pada waktu pagi ketika ibu sedang sibuk didapur.
- Semasa hendak membeli berus gigi dan ubat gigi, berikan anak peluang untuk memilih citarasa dan warna kegemarannya. Secara tak langsung anak akan suka gosok gigi tanpa dipaksa.
- Untuk ibu yang baru nak ajar anak menggosok gigi, ambil berus gigi dan ajar anak cara pegang dan berus dengan betul. Bila ibu buat dan tunjuk, secara tak langsung anak akan ikut dengan cara yang betul. Gigi pun akan bersih.
- Setiap kali anak makan benda manis seperti coklat, gula dan pemanis mulut, biasakan anak gosok gigi dan terangkan kenapa anak perlu gosok gigi selepas makan makanan manis.
- Sesekali tunjukkan perbezaan gambar gigi yang elok dan tak elok supaya anak akan faham mengapa pentingnya gosok gigi setiap hari.
- Bila baca buku cerita pada anak, selitkan dan berikan contoh yang mudah untuk anak faham akan kepentingan menggosok gigi dan akibatnya.
- Sesekali reward anak sebab pandai jaga giginya dengan baik.
Selamat mencuba.
Comments
Post a Comment