TIPS UNTUK MENGELAKKAN ANAK KETAGIHAN GADGET
Kebanyakan ibu bapa mengeluh betapa sukarnya untuk mengawal anak-anak yang terlalu ketagihan gadget.
Langkah awal pencegahan masalah ini adalah dengan mengelakkan anak dari terdedah dengan skrin gadget yang terlalu lama sebelum mereka berusia 2 tahun.
Selepas berusia 2 tahun limitkan had masa untuk terdedah kepada skrin gadget tidak melebihi 1 jam setiap hari. Itu pun dengan pemantauan ibu dan bapa.
Cuba susun atur aktiviti yang menarik untuk anak-anak agar mereka tidak leka dengan gadget seperti :
- bermain puzzle, dam ular atau dam haji
- melukis dan mewarna
- bermain sahibba
- Aktiviti riadah seperti sukaneka dalam rumah
- masak seperti membuat muffin atau sandwich
Dengan adanya pengisian aktiviti yang menyeronokkan bersama anak-anak, tentu mereka akan lupa gadget.
Selamat mencuba.
Semoga bermanfaat.
#mamanurulasmak
Comments
Post a Comment