DONUT MAMA GEBU GEBAS



Bahan-bahan:

260 gm air sejuk
100 gm gula castor
500 gm tepung gandum
  80 gm marjerin
  40 gm susu tepung
   11 gm yis

Caranya:

1. Masukkan bahan-bahan dan timbang satu persatu dengan penimbang digital ke dalam bekas.

2. Mulakan dengan memasukkan bahan basah terlebih dahulu kemudian diikutii dengan bahan kering.

3. Putar bahan dengan breadmaker sebanyak dua kali. 20 minit, rehat 10 minit kemudian sambung uli lagi selama 20 minit dan rehat 10 minit.

4. Selepas siap diuli, teruskan bentuk dan tunggu naik hingga 2 kali ganda.

5. Semasa menggoreng, pastikan minyak tak terlalu panas dan api sederhana untuk dapatkan gegelang di bahagian tengah.


Selamat mencuba.
Semoga bermanfaat.

Kredit resepi asal : Liza Othman
Diolah sesedap rasa : MamaNurul

#ResepiMudahDidapur
#AsmakDiamondOct

Comments

Popular posts from this blog

KHASIAT BUNGA RAYA

VITAMIN C SEMULAJADI