RESEPI AIR HALIA TURUN TEMURUN DARI BIDAN



Ramai wanita yang bersalin secara pembedahan mengalami kegemukan, badan lembek dan mengelember.

Ini adalah kerana mereka hanya focus pada kesembuhan luka pembedahan, hanya mendengar nasihat doctor moden sahaja.
Kurang pengetahuan tetang fungi fungsi dan kesihatan organ peranakan.

Sebagaimana ibu ibu bersalin normal, mereka yang menjalani pembedahan harus mengamalkan pengambilan herba dalam pantang bagi mengatasi masalah pengumpulan angin di dalam rahim.

Pada awal berpantang, disyorkan mengamalkan maajun,air rumusan akar serai, air rumusan jadam dan air halia.

Hari ini akk nak share resepi air halia yang telah lama akk amalkan, sewaktu berpantang dan ketika haid.

Resepi air halia

Air rebusan halia yg diambil sebagai minuman harian dapat memulihkan kesihatan dan kesegaran otot dan memberi seri pada wajah.

Bahan
6cm halia
3 btg serai serta akar
3 helai daun pandan
1sudu besar jintan hitam
1sudu teh halba
1 sudu teh gula kabung.

Cara  menyediakan
1.halia dihiris nipis dan serai dititik sebelum direbus bersama semua bahan.
2.tambahkan gula kabung atau madu sebagai pemanis apabila hendak diminum suam suam panas.minum 3 kali sehari sebagai penganti minuman biasa.

Kredit : pakar bidan orkid purple

#kakbidanmengurut
#pakejberpantangmurah
#urutankesejahteraanwanita



Comments

Popular posts from this blog

VITAMIN C SEMULAJADI

KHASIAT MADU YANG BAIK UNTUK TUBUH BADAN MANUSIA

PERTOLONGAN ALLAH DATANG PADA WAKTU YANG TEPAT