TIPS BUAT ANAK GEMAR MAKAN BUAH



Mari baca perkongsian dari pengalaman Nurul bersama anak-anak.

  1. Jadikan rutin di waktu hujung minggu,  membaca buku bersama anak-anak yang mana sambil bercerita sambil kaitkan dengan kehidupan seharian kita akan kepentingan makan buah-buahan.
  2. Beri peluang anak-anak membuat pilihan buah yang mereka gemari semasa pergi ke pasaraya supaya mereka rasa seronok sambil kita menggalakkan dan menerangkan kepada mereka akan kepentingan makan buah untuk kesihatan tubuh badan.
  3. Buatkan makanan yang mudah untuk diselitkan buah bersama.            
  4.  Contoh                                                                a)Kek buah - selitkan strawberi dan buah beri.                                              b)Agar-agar - boleh selitkan kiwi, strawberi, laici.                                      c)Puding - selitkan kiwi dan strawberi atau buah beri.                                                                          d) Oat - selitkan pisang atau strawberi bersama susu
  5. Luangkan masa dengan bermain bersama anak seperti main masak-masak atau main jual barang di kedai. Dalam masa yang sama, kita sebagai ibu dan ayah selitkan kenapa pentingnya beli buah dan makan buah-buahan.
  6. Sesekali ajak anak ke dapur dan masak bersama-sama. Beri mereka pengalaman membasuh buah dan memotong buah supaya mereka seronok nak makan apa yang mereka dah buat.
  7. Paling penting, ibu dan ayah mesti makan buah-buahan ya sebelum nak ajar dan galakkan anak makan buah sebab nanti akan ada suara di belakang tabir pula “ ala, ayah dan ibu pun tak makan buah, tapi nak suh adik dan kakak makan buah”. Huhuhu.

Selamat mencuba. 

Semoga bermanfaat.

Anak sihat, ibu ayah gembira, keluarga bahagia.

#MamaNurulAsmak

Comments

Popular posts from this blog

KHASIAT BUNGA RAYA

VITAMIN C SEMULAJADI