YANG MANIS DI INGAT, YANG PAHIT DILUPAKAN
PENGALAMAN MENDEWASKAN KITA
Kalau nak dicerita pengalaman hidup ni, setiap orang ada pengalaman tersendiri yang manis mahupun pahit. Tapi itu semua memberikan satu pembelajaran serta kekuatan buat kita untuk meneruskan kehidupan.
Nurul pada asalnya bekerja di kilang di johor selepas habis belajar. Tapi dua minggu sebelum kahwin berhenti kerja sebab bakal suami nak bawa tinggal di terengganu sekali.
Tiga bulan tinggal sebumbung macam-macam la persoalan setiap kali balik kampung terutama sekali “bila nak kerja?”. Siapa yang pernah tinggal di sana je tahu mudah ke susah nak dapat kerja walaupun ada kelulusan.
Cuba punya cuba cari sampai dapat, ada rezeki kerja di kerteh bersama syarikat yang menyediakan perkhidmatan heli ke laut. Hampir setahun juga nurul kerja tapi tak kekal lama sebab masa mengandung anak pertama kerap mengalami pendarahan sebab uri bawah dan suami bimbang keselamatan nurul dan anak terus minta nurul berhenti kerja sebab syarikat tak benarkan cuti tanpa gaji sebab baru saja kerja.
Hampir setahun juga nurul menganggur tapi seronok sebab dapat besarkan anak depan mata. Tapi biasalah kedua-dua keluarga asik bertanya tentang kerja nurul.
Akibat tertekan nurul tak putus asa cari kerja sebab tak nak orang fikir nurul sengaja tak nak kerja sebab malas. Entah macam mana tak sangka, lulus temuduga jadi cikgu di sebuah tadika di paka dengan gaji yang agak rendah tapi semua kerja atas bahu kita sendiri dari mengajar, membersih tadika, mengurus makan dan tidur pelajar dari pukul 7pagi hingga 6petang. Tapi nurul bertahan sebab sayangkan pelajar-pelajar yang kita dah ajar dari tak tahu apa-apa sampai dah pandai membaca dan menulis.
Dalam masa yang sama nurul ada pergi macam-macam temuduga kerja, di bank la, di pejabat la, di kilang la. Alhamdulillah lepas setengah tahun mengajar, nurul dapat tawaran bekerja di petronas sebagai kontrak staf.
Masa tu allah je tahu gembiranya hati ni. Lama Nurul kerja sebab seronok. Itulah tempat kerja paling lama yang nurul pernah kerja selama 2 tahun. Macam-macam pengalaman dapat selain jumpa pelbagai ragam manusia.
Tahun 2015 lepas habis pantang, tak lama lepas tu nurul berhenti kerja sebab suami dapat pindah ke melaka. Masa ni nurul mula tertekan sebab kat melaka kan banyak industri. Jadi setiap kali balik kampung orang akan tanya pasal kerja. Padahal suami yang tak izinkan kerja atas alasan anak kedua bayi lagi dan tak kenal siapa yang boleh jaga dengan baik.
Kebetulan masa tu asik keluar isu anak asuhan meninggal di tangan pengasuh lagi lah tak keruan suami dibuatnya. Sampai la satu masa tu nurul beranikan diri mulakan perniagaan jual roti. Hanya berbekal ilmu yang belajar di you tube dan kakak ajar saja. Nurul beranikan diri jual roti.
Meroti ni seronok cuma tak tahannya penat la. Biasa nurul buat roti lepas anak tidur. Malam lepas isya baru mula, jadi selesainya bawa ke pagi sebab nak bagi roti sejuk baru masuk plastik.
Dua tahun juga nurul meroti. Hasil meroti itulah nurul bantu suami tak nak bebankan suami sebab nurul nak bayar hutang PTPTN sebab suami masih belajar lagi sambil bekerja. Pula tu dah makin jauh belajar masih di kuantan. Setiap minggu berulang alik dan kos hidup makin tinggi.
Selama 2 tahun nurul bertahan jual roti sampai la satu masa tu nurul alahan teruk mengandungkan anak ketiga dan suami terus minta Nurul berhenti jual roti sebab kesian keadaan nurul yang asik pening dan muntah saja. Alhamdulillah kebetulan masa tu suami dah habis belajar jadinya hidup kami lebih baik dan stabil sedikit.
Nurul ni jenis suka fikir apa orang cakap pasal nurul sebab tu nurul asik je tertekan. dan kemurungan. Sampai la satu masa tu nak dijadikan cerita anak kedua batuk teruk hampir sebulan masa tu tak sembuh-sembuh.
Macam-macam petua la nurul cuba nak bagi sembuh sampai berhabis duit pergi rawatan sonotron tu nak bagi anak baik punya pasal. Entah macam mana google punya google jumpa la minyak herba asmak ni. Masa tu tanya jiran la adik beradik la kawan la tapi semua tak pernah guna.
Terus beli berpos kongsi dengan jiran dan adik beradik beli sekaligus banyak. Alhamdulillah asbab sapu konsisten macam agen ajar, sembuh batuk anak nurul tu.
Lepas tu nurul suka join contest KIMM yang agen asmak buat. Seronok tu dapat hadiah minyak herba asmak siapa tak nak kan? Hihihihi. Sampai la satu masa ni nurul terbaca pos KG Faz pasal trial FnC. Masa tu tergerak hati nak bagi ibu nurul sebab ibu nurul asik sakit pinggang saja.
Dulu nurul buka fb suka scroll pasal resepi, pasal anak dan pasal kawan-kawan. Tu jela. Nak berfacebook memang tak reti. Apatah lagi cari itu ini. Lama mesej KG faz pasal FnC ni tapi dia tak balas mungkin tak perasan sebab dulu mesej guna FB massenger. Terus Nurul mesej ke HQ dan HQ pun bagi nombor telefon KG faz. Nampak tak jodoh kami di situ. Hihihihi.
Dari beli trial FnC, KG faz mesej nurul tanya minat tak nak sertai asmak dengan modal rendah promosi. Nurul ni pikir banyak kali juga. Tanya pendapat suami dan ibu. Lepas suami izinkan terus mesej KG faz dan sertai asmak dengan modal rendah promosi RM120.
Awal-awal sertai tak pandai lagi buat ayat jualan ni, jadi copy dan paste saja ayat HQ bagi atau ayat kawan-kawan dalam team Faz tu letak kat FB. Nak jual kat taman pun tak pandai tapi nurul ada selit flyers ke peti surat jiran. Lama juga nurul buat macam tu. Orang kata, tak cuba tak tahu kan.
Awal Januari Nurul jumpa KG Faz dan personal coaching dengan dia. Macam-macam dia ajar pada Nurul. Sejak tu lah jualan nurul laju sedikit berbanding sebelum ni.
Lepas tu Nurul ada buat parti Asmak di taman tempat Nurul tinggal dengan bantuan KG faz. Nurul sertai kelas kak astiey di melaka, beli buku kak as, beli buku khairul hakimin yang terkenal tu, pergi group coaching, join Online PJJ. Nak ilmu punya pasal kan. Yela kita ni bukan belajar bab perniagaan dulu. Hihihihi.
Dulu Nurul pernah sertai jadi agen produk-produk lain tapi tak sama macam Asmak ni tau. HQ asmak ni lain macam. Dia memang jaga agen la. Macam-macam yang Nurul dapat sejak sertai asmak. Bukan ilmu je malah hadiah dari KG dan HQ sebab capai target dan sertai contest.
Yang paling seronok nurul ada ramai kawan positif sekarang. Kalau dulu, tak ada siapa lah yang nak mesej tanya kabar. Maklumlah kita ni surirumah saja, rata-rata kawan nurul jurutera, pensyarah, cikgu, akauntan dan doktor.
Tapi sejak nurul sertai Asmak, hubungan lama yang terputus pun bertaut kembali sebab mereka jadi pelanggan Nurul. Siapa sangka kan? Dan yang paling best balik kampung ke masa berkumpul kenduri ke tak ada dah orang tanya Nurul lagi “bila nak kerja?” sebab diorang tahu Nurul dah ada perniagaan kecil-kecilan jadi Agen Asmak.
Alhamdulillah sejak sertai Asmak, nurul dapat hulur duit poket kat ibu ayah Nurul dan mereka nak terima duit tu sebab ibu ayah nurul tahu itu duit nurul yang nurul usaha sendiri bukan duit yang suami beri. Anak nak makan kek ke donut ke nak beli mainan ke nurul boleh belikan hasil dari duit untung yang nurul simpan.
Eh, tak kan baca saja pengalaman kawan-kawan? Jom la. Macam mana nak tahu best ke tak kalau tak sertai. Jom jom jom. Kita buat sampai jadi. Sertai Asmak anda akan rasa luar biasanya.
#superagenasmakmelaka
#mamanurulasmak
Comments
Post a Comment