KHASIAT DAUN PEGAGA YANG LUAR BIASA



Daun pegaga mempunyai banyak khasiat yang amat menakjubkan. Daun pegaga boleh dimakan mentah iaitu dibuat ulam atau dimasak sebagai sayur dalam lauk bersantan atau dibuat urap.

Daun pegaga mempunyai kebaikan kepada kesihatan tubuh badan. Namun, ramai yang tidak tahu akan khasiatnya.

Antara khasiat daun pegaga dalam masakan atau minuman ialah;
1. Daun pegaga baik untuk diamalkan oleh ibu yang baru melahirkan anak dengan membantu memperbanyakkan susu badan.
2. Daun pegaga yang dibuat jus dapat membantu mencegah kanser kulit yang disebabkan oleh pendedahan kepada sinaran cahaya yang melampau.
3. Jus pegaga juga boleh digunakan untuk melegakan ulser mulut.
5. Daun pegaga yang dikisar dan kemudiannya dijadikan jus boleh digunakan untuk melegakan demam panas.
6. Membantu meredakan masalah penghadaman dan melegakan masalah buasir.
7. Jus pegaga juga dipercayai dapat membantu menstabilkan mental dan emosi yang bermasalah.
8. Membantu mereka yang bermasalah untuk tidur, merawat kulit dan tekanan darah tinggi.
9. Mengurangkan tahap kolestrol dalam tubuh badan.
10. Jus pegaga juga dapat menyejukkan badan dan menyegarkan tubuh yang letih.

Semoga bermanfaat.

#AsmakDiamondDisember
#FkBizGroup
#TeamVsTeam





Comments

Popular posts from this blog

KHASIAT BUNGA RAYA

VITAMIN C SEMULAJADI