FAKTOR KERUNTUHAN AKHLAK DIKALANGAN ANAK MUDA
Faktor dan Punca keruntuhan akhlak anak-anak
1. Kemiskinan
Anak-anak tidak dapat keperluan yang secukupnya hingga mereka mencari di luar seperti mencuri.
Ketidakcukupan ini samaada harta mahupun kasih sayang
Inilah fungsi baitulmal atau pusat pengutan zakat
Dalam Islam ada diperuntukan. Kerajaan harus ambil peranan. Silap jika ada fahaman mengatakan rakyat perlu berdikari semata-mata tanpa ada bantuan dari pihak kerajaan.
Ini akan mengurangkan risiko gejala sosial akibat kemiskinan
2. Pergaduhan ibu bapa
Anak akan meninggalkan rumah yang penuh permusuhan dan menjadikan rakan-rakan di luar sebagai tempat menghabiskan masa.
Cari pasangan yang ada ilmu agama dan mengamalkan agamanya. Bukan sekadar cantik atau berharta sahaja. Tetapi mereka yang akan melahirkan, mendidik serta memelihara anak-anak kita.
3. Kes-kes perceraian
- ibu jatuh miskin terpaksa keluar mencari nafkah, berkahwin suami baru. Menjadikan suasana tidak harmoni. Anak tidak diambil dipeduli dibiarkan sahaja.
- kurangnya makanan untuk mengurangkan rasa lapar, kurang pakaian yang cukup untuk menutup aurat
Ada istilah bekas isteri, bekas suami, tapi tiada istilah bekas ibu atau bekas ayah.
Tanggungjawab tetap digalas walaupun telah berpisah
Niat berkahwin kena betul. Lelaki pada peringkat awal lagi perlu pilih wanita yang solehah yang akan mengandungkan dan mendidik anak dengan cara yang berlandaskan agama.
Lelaki bersifat qawwam (memelihara) dan perlu memberi pendidikan agama kepada isteri dan anak.
Peranan isteri
1. Taat suami - yang mengikat hubungan isteri dan suami adalah Allah.
Sedekat atau sejauh mana hubungan kita dengan Allah, begitulah jarak antara isteri dan suami.
Kena berdoa setiap waktu kerana Allah yang membolak balikkan hati manusia. Bila berlaku masalah serahkan segala urusan kepadaNya. Rujuk Surah Ghafir ayat 44 dan kena amalkan bersama.
Hasbunallah wa nikmal wakil. Amalkan
2. Jaga harta suami
3. Melayan suami
Tanggungjawab suami
1. Nafkah ada 5
-Makan minum
-pakaian 2 sepersalinan lengkap(minimum)
-ubat ubatan
-belanja diri (jika ikut pengiraan zakat, pelepasan rm3ribu setahun utk isteri, bermakna sebulan rm250 tetapi bergantung tahap kemampuan suami dan belas ihsan suami
2. Bermushawarah dgn isteri iaitu berbincang.. "Rujuklah isteri mengenai anak2 perempuan mereka," Mintalah izin drpd isteri sblm menerima pinangan utk anak perempuan "
3. Menutup mata atas sesetengah keburukan isteri yg mana banyak lagi kelebihan2 isteri
Terlalu byk yg isteri lakukan sehingga berlaku kesilapan kecil suami membenci isterinya
"Jgn bila nak, bila suka, kahwin biar sampai ke jannah, bila dah x nak lempar ke tanah"
4. Menggauli isteri dgn baik, bermesra, bergurau senda dgn cara yg baik
"Sebaik2 kamu ialah org yg berlaku baik kpd keluarga, dan aku yg paling baik kpd keluargaku," Rasulullah berlaku baik kpd isterinya
5. Membantu isteri melakukan kerja rumah
Jika berlaku masalah juga dlm rumahtangga
1. Beri nasihat, saranan, jika x selesai juga
2. Tidur berasingan dgn isteri..jika tidak selesai juga
3. Pukul isteri dgn pukulan yg tidak mencederakan, tidak blh pukul pd bahagian seperti muka, dada, perut
4. Kaedah terakhir, rujuk kpd org tgh
Jika x selesai juga penyelesaian dgn keempat2 proses ini, Barulah blh menjalani proses perceraian
Walaupun cerai hukumnya harus, hukum harus itu blh berubah kpd hukum haram, makruh dsb.. Haram jika menzalimi isteri, memudaratkan pasangan
Seburuk2 yg halal di siai Allah adalah talak
Dlm harta kita ada hak2 kita kena tunaikan selain zakat
Bila berlaku kematian suami, hak nafkah anak yatim bkn kpd ibu, tetapi waris lelaki sebelah si mati/suami yg menerima harta pusaka asobah (datuk, bapa saudara dan yg terlibat).. Jika tiada atau x mampu, atas pemerintah utk membela anak yatim.
Faktor terbesar gejala sosial di kalangan anak2 ialah perceraian
4. Masa lapang
Anak2 biar sibuk, jgn beri dia masa lapang terutama yg berumur 7 thn ke atas.. Kena disiplin kan
Jika ikut pendidikan cara barat.. Tak blh berkata 'Jangan' kpd anak2
Ada perkara2 dlm Islam perlu sebut 'Jangan' kpd anak2.. Dlm surah Luqman, Jgn mensyirikkan Allah, Jgn sekali2 berkata 'ah' pd ibubapa
Apa nak buat bila anak ada masa lapang/cuti panjang
❤Ajar anak2 ibadah, solat, baca al Quran, jgn sibuk hantar kelas tarian, muzik,
Sebaiknya kita ajar sendiri.. Jika ada kekangan, hantar kpd guru
Pastikan ibu ayah bila sibuk uruskan anak yg kecil, anak yg besar terabai.. Pastikan ada pengisian utk anak2 kecil dan besar
❤Ajar anak berenang, memanah, aktiviti fizikal, silat, taekwondo, berkuda
Nak lahirkan Mukmin yg kuat💪🏽
❤Ajar dan beri pendedahan kpd kemahiran berpidato, berdebat..supaya dpt memberi respon dan tindakbalas kpd manusia contohnya seperti Siti Kasim, golongan LGBT dan seumpamanya
5. Percampuran dan pergaulan dgn rakan yg jahat
Usia yg paling kritikal anak2 ialah bermula dia baligh, awal belasan tahun, kena tgk dgn siapa dia berkawan, kenal dgn kawan rapatnya, siapa keluarganya
Manusia itu sentiasa menurut perlakuan sahabatnya, maka hendaklah lihat dgn siapa dia berkawan-hadis
6. Layanan buruk ibu bapa terhadap anak2
Kesan negatif bila ibu bapa atau pengasuh berkasar, anak dipukul dgn kuat, di cemuh dijadikan bahan ketawa dan ejekan
Islam ajar supaya ibu bapa memperbaiki akhlak, beramah mesra, lemah lembut supaya anak membesar dgn baik, berani, ada jati diri dan berkeyakinan
7. Menonton filem berunsur jenayah dan seks
8. Pengangguran berleluasa dlm kalangan masyarakat
Pemerintah wajib menyediakan peluang pekerjaan
Masyarakat wajib bantu hingga mereka dpt kerja
9. Kelalaian ibu bapa mendidik anak
'ibu ibarat sekolah, sekiranya engkau menyiapkannya, maka engkau sudah melahirkan generasi yg mulia'
Faktor terbesar kerosakan anak2 adalah berpunca ibu bapa
'Anak yatim itu bukan yg ibu bapanya kehabisan tujuan hidup dan meninggalkannya dgn hina, anak yatim sebenar adalah yg mempunyai ibu yg cuai dan ayah yg sibuk'
10. Musibah anak yatim
Itu sebab sgt besar ganjaran mereka yg memelihara dan membela anak yatim.. Utk memastikan mereka membesar dgn sempurna
Kerana anak yatim tidak dpt merasakan kemesraan sentuhan tgn dan kasih syg seorang ayah
Comments
Post a Comment