FUNGSI ROTAN DI RUMAH ANDA
ROTAN Di Bawah Usia 5 Tahun.
Banyak sebenarnya ilmu saya dapat bawak balik dari Seminar Tingkah Laku @OT Aisyah Rozalli tadi. Tapi saya bawak keluar dulu satu topik ringan ni.
Rotan.
Rotan ni kaedah popular kita guna nak disiplinkan anak-anak. Kaedah yang dipercayai boleh buat seseorang jadi manusia. Kaedah yang kita percaya buat anak dengar cakap kita.
Rotan tak membantutkan tumbesaran manusia. Ia juga tak mengurangkan kehenseman wajah kita. Tapi ia mengganggu-gugat perkembangan otak.
Apa?
Ya. Rotan mungkin tak mengurangkan tahap intelektual seseorang. Tapi ia mengganggu tugas otak yang mengawal emosi dan tindak tanduk kita sebagai manusia.
Takut kan?
Apa, ingat orang bijak tak trauma?
Ingat orang bijak tak boleh hilang kawalan emosi?
Ingat orang bijak semuanya beradab?
Jangan disangka otak hanya membantu kita pandai dalam belajar sahaja.
Berbalik kepada rotan tadi.
Rotan adalah salah satu 'traumatic event'.
Sama sepeti kalau anak lahir dalam keadaan ada komplikasi, ditengking, dikurung, ditinggalkan bersendirian atau apa jua perkara yang traumatik...
Ia akan mengaktifkan otak reptilia, iaitu bahagian otak paling awal terbentuk.
Bila otak reptilia ini aktif, badan anak akan bertindak memberi respon yang dipanggil 3F.
3F adalah :
1. Fight ;
- Cari jalan mempertahankan diri bila diancam bahaya.
- Kesannya bila anak semakin membesar, jadi melawan, nakal, keras kepala.
2. Flight ;
- Lari bila rasa terancam
- Kesannya, anak menjadi penakut, pasif, tak ada keyakinan dan belajar untuk menipu untuk mengelak dihukum.
3. Freeze ;
- Kaku bila terancam atau jadi sesuatu yang tak diduga.
- Kesannya, anak pendiam dan suka memendam
Malah, perkara traumatik ini boleh menyebabkan
- tahap anxiety anak meningkat,
- regres, iaitu perkembangan anak merosot
- perkembangan deria terganggu (sensory disrupt)
- mencetus masalah mental yang lain
.
Kalau kita masih rasa rotan itu cara disiplin terbaik, cuba tanya diri.
Adakah waktu kita merotan, niatnya untuk mendidik? Atau sebenarnya untuk melampiaskan rasa marah kat anak?
Benarkah anak jadi patuh bila dirotan? Atau patuh kerana takut? Ingat bagaimana kita mula belajar menipu? Kerana takut dihukum, betul?
Rasulullah sendiri meletakkan syarat rotan tu pada usia 10 tahun. Itupun kalau kita SUDAH 3 TAHUN DIDIK anak solat tapi anak taknak.
Dan itupun syaratnya di bahagian bawah lutut. Pakai peralatan yang seumpama dengan kayu sugi.
.
Kalau kita rasa rotan adalah alat untuk mendidik, hold dulu. Tak adil untuk mereka dihayun sebelum kita tahu punca sebenar di sebalik nakal mereka.
Ada yang nakal kerana masih belum mumaiyiz.
Ada nakal kerana kita sendiri lupa untuk mengajar.
Ada nakal yang kerana kita sendiri tak tunjuk contoh yang baik.
Ada nakal yang puncanya hanya sains yang dapat jawab.
Masalah sensori, masalah refleks, masalah ADHD, masalah autism dan sebagainya.
Jadi tak adil jika kita guna rotan sebelum selidik dulu punca tingkah laku anak tu.
.
Allah... Saya sedih. Takut. Jika dalam memori anak tak ada memori baik dan indah dengan kita melainkan rotan semata-mata.
Rotan mungkin bukan cara yang terbaik nak disiplin anak. Tapi jika rasa masih nak guna, jadikan ia kaedah yang terakhir.
.
Kredit : wawa shauqi
Comments
Post a Comment