TIPS ILMU KEIBUBAPAAN
PERKONGSIAN ILMU KEIBUBAPAAN
Sebagai ibu dan ayah, kita mesti hendak buat yang terbaik untuk anak-anak. Nak jadi contoh yang baik buat mereka. Nak jadikan diri kita sebagai idola mereka pada masa akan datang.
Kadangkala kita alpa yang tugas dan tanggunggjawab itu kita laksanakan dengan betul atau tidak. Mana dengan kerja hakiki seharian sampai terleka dan lupa akan emosi dan perhatian buat anak perlu dijaga.
Nurul hendak berkongsi sedikit ilmu dan tips yang Nurul perolehi dari seminar keibubapaan anjuran tadika anak. Semoga perkongsian ini memberi manfaat buat ibu dan ayah yang membacanya.
1. Anak adalah amanah Allah kepada kita sebab anak milik Allah sepenuhnya. Jadi, didiklah anak kita mengikut peraturan Allah dan Rasul, bukan peraturan manusia dan kehendak hati kita.
2. Jadikan proses tumbesaran dan pembelajaran anak sebagai satu proses menyeronokkan dengan cara berkasih sayang.
- pujian
- sentuhan atau pelukan
- hadiah @ ganjaran
- beri tugas @ tanggungjawab
- masa bersama
3. Terapkan dalam minda kita untuk anak “ buat sesuatu yang baik dapat ganjaran(pahala), rasa seronok, lain masa nak buat lagi dengan bersungguh-sungguh atau buat lebih kerap lagi”.
4. Kukuhkan sikap positif anak dengan cara berkasih sayang. Bercakap dengan nada lemah lembut dan dengan cara “deal”.
Contoh :
i) Bercakap dengan lemah lembut
*kakak, kalau nak sesuatu, cakap dulu, jangan nangis, mama dengar baru mama faham apa yang kakak nak.
ii) Deal
*kalau situasi nak keluar pergi pasaraya
( pesan 3kali yang tujuan keluar ni nak pergi kedai beli barang rumah, pergi makan kat luar dan tengok permainan sahaja tak beli pun)
5. Ajarkan anak untuk kembalikan pujian kepada Allah.
Contoh:
“alhamdulillah semua ni Allah yang bagi sebab tu kakak pandai”
6. Ganjaran mestilah dibuat segera, khusus untuk apa, untuk yang layak menerima sahaja, pelbagaikan ganjaran, ikhlas nak beri dan membuat kejutan.
7. Cuba untuk kukuhkan kelakuan positif, jangan terlalu fokus pada kelakuan negatif.
Contoh : Mama suka sangat kalau kakak main dengan adik macam ni, main sama-sama dan sayang adik tidak bergaduh dan berebut mainan. Mama tahu anak mama ni baik dan dengar kata, boleh jadi kakak yang baik
8. Jadikan diri kita sebagai ibu bapa yang berpengaruh bukan pengarah.
9. Ajarkan anak berfikir dari menengking anak.
Contoh:
Cuba kakak bayangkan kalau mama marah, mesti Allah tak suka kan? Nanti mama tak dapat pahala tau. Malaikat terus tulis kat sini. Kesian mama tau. Kata nak masuk syurga sama-sama. Dengarlah cakap mama dan papa. Mesti Allah sayang kakak.
10. Cara hukuman untuk anak mestilah diterangkan akibat perbuatan mereka, dibuat secara peribadi bukan di depan anak-anak lain dan elakkan cemuhan ke atas anak.
11. Untuk kekalkan rasional sikap tegas kita pada anak dalam kehidupan seharian, ibu dan ayah perlu saling bekerjasama antara satu sama lain bantu kendalikan anak bersama-sama. Kita sebagai ibu ayah juga perlu minta maaf pada anak atas silap kita menengking, meninggi suara atau tersilap memukul atau mencubit mereka.
Semoga bermanfaat buat semua.
Comments
Post a Comment