TIPS BUAT ANAK GEMAR MAKAN SAYUR
TIPS BUAT ANAK GEMAR MAKAN SAYUR
Seringkali ibu ayah pening bila memikirkan anak-anak yang tak suka makan sayur. Apatah lagi yang jenis nampak sayur di pinggannya sahaja terus menolak pinggan dan tak mahu makan.
Mana tak nya, diminda anak-anak kita sayur hijau itu pahit. Hakikatnya bukan begitu. Masih banyak lagi sayur-sayuran yang rasanya sedap sebab manis.
Mari baca perkongsian dari pengalaman Nurul sendiri.
- Biasakan diri membaca buku bersama anak-anak sambil bercerita dan kaitkan dengan kehidupan seharian kita.
- Beri anak-anak pilihan sayur yang mereka gemari semasa pergi ke pasaraya supaya mereka rasa seronok sambil kita menggalakkan dan menerangkan kepada mereka akan kepentingan makan sayur.
- Buatkan makanan yang mudah untuk diselitkan sayur bersama.
- a)Cekodok ikan bilis atau cekodok geragau. Boleh selitkan lobak merah.
- b)Mee hailam atau mee sup. Masukkan sekali brokoli, jagung dan lobak merah. c)Sandwich. Boleh selitkan timun.
- d)Nugget ayam. Boleh selitkan sekali lobak merah. e)Sup sayur. Letak cendawan, lobak merah dan jagung kecil.
- f)Roti pizza. Letak sekali tomato kecil, lada benggala dan cendawan butang.
- g)Tomyam sayur. Boleh letak cendawan, lobak merah dan jagung kecil.
- Luangkan masa dengan bermain bersama anak seperti main masak-masak atau main jual barang di kedai. Dalam masa yang sama, kita sebagai ibu selitkan kenapa pentingnya beli sayur dan makan sayur.
- Sesekali ajak anak ke dapur dan masak bersama-sama. Beri mereka pengalaman membasuh sayur dan memotong sayur supaya mereka seronok nak makan apa yang mereka dah buat.
- Paling penting, ibu dan ayah mesti makan sayur ya sebelum nak ajar dan galakkan anak makan sayur sebab nanti akan ada suara di belakang tabir pula “ ala, ayah pun letak sayur tepi pinggan, nak suruh kakak@adik pula makan”
Selamat mencuba. Semoga bermanfaat.
Anak sihat, ibu ayah gembira, keluarga bahagia.
#MamaNurulAsmak
Mama terbaik!
ReplyDelete