ASMAK DI HATI

KENAPA NURUL SUKA DAN SETIA DENGAN ASMAK?

Cerita Nurul bermula sejak anak kedua Nurul batuk lama lebih dari sebulan. Pada masa itu, umurnya lebih kurang 9 bulan tahun 2015. Macam-macam Nurul ikhtiarkan untuk sembuhkan batuknya, dari rawat dalaman mahupun luaran.

Segala petua orang-orang tua Nurul ikhtiarkan malah sampai ke klinik sonotron sebab risaukan batuknya melarat. Tapi tak juga sembuh. Beratus sanggup Nurul habis untuk sembuhkan anak.

Ada satu ketika sedang sibuk Nurul mencari petua dengan cik google, terjumpalah tentang Minyak Herba Asmak. Terus Nurul bertanyakan di kumpulan wassap taman Nurul tinggal dan jiran bantu belikan. Kami kongsi ramai-ramai beli banyak. Masa tu Nurul beli 3 botol yang saiz sedang untuk Nurul, ibu dan kakak Nurul.

Alhamdulillah, Nurul sapu dengan kerap dan konsisten, tak lama lepas tu, dengan izin Allah sembuh juga batuk yang berbulan tu. Lega rasanya tak terkata. Lapang hati dan dada anak dah sihat. Terus guna sampai anak ketiga. Kalau dah serasi, memang setia lah sampai bila-bila.

Nak dijadikan cerita, yela Nurul tak bekerja. Jadi ada masa lapang lepas siap kerja rumah sambil-sambil menonton televisyen bukalah facebook. Masa tu selalu tengok pengedar-pengedar Asmak buat pertandingan di Kelab Ibu Mengandung Malaysia. Nurul selalu sertai tau. Yela, mencuba nasib. Hihihi.
Tahun lepas Nurul tambah rakan pengedar Asmak dan baca perkongsian mereka. Masa tu rasa macam seronok pula. Sampai satu ketika ada tengok post KG Faz tentang FnC.

Kebetulan Nurul nak balik kampung dan teringat ibu Nurul selalu mengadu sakit bahu dan pinggang, jadi nak cubalah belikan FnC yang saiz kecil tu. Masa tu KG Faz adalah tawarkan pasal pembelian RM30 dapat 1 cop dan layak sertai AMC kad. Tapi yela, kita tak bekerja dan baru nak cuba, jadi beli dua je yang saiz kecil.

Seminggu atau dua minggu lepas tu, KG Faz ada wassap Nurul berkenaan tawaran sertai agen Asmak dengan harga promosi. Setelah memikirkan banyak kali dan bertanyakan dengan suami, solat istikharah, suami izinkan asalkan jangan abaikan anak-anak.

Masa tu rasa seronok la sebab suami dah setuju dan bagi sokongan. Nurul bermula dengan tak tahu apa-apa sangat pasal perniagaan ni. Tak kiralah offline mahupun online. KG Faz masukkan Nurul dalam wassap kumpulan pengedar dibawah dia.

Bermulalah kisah Nurul bersama Asmak. Seronok sangat dapat sertai Asmak ni sebab ada kawan-kawan yang sentiasa positif dan bersemangat. Dari Nurul tak pandai menulis di facebook, tak reti nak menjual di wassap mahupun jual depan-depan bersemuka, belian barang dengan KG Faz pun setakat memenuhi syarat minimum agen je masa tu.

Tapi Nurul suka membaca perkongsian kawan-kawan dalam kumpulan di bawah KG Faz. Dari situ Nurul bersemangat dan Nurul lebih bersemangat lepas dapat coaching dengan KG Faz awal Januari tahun ni. Masa tu KG Faz ajar Nurul macam-macam teknik yang selama ni Nurul tak tahu.

Balik dari coaching dengan KG Faz, Nurul rasa semangat luar biasa. Praktikkan apa KG Faz ajar dan buat sehabis baik. Dari restock 300 ke 500. Bulan Februari Nurul da mula restock 1000. Bulan Februari juga Nurul buat program Asmak di taman tempat Nurul tinggal dengan bantuan KG Faz dan sponsor dari HQ Asmak.

Terima kasih kepada Puan Nor Fazilah dan staf HQ yang tak pernah putus-putus membantu kami pengedar dalam menyebarkan manfaat produk Asmak. Saya terinspirasi dengan CEO Asmak Puan Nor Fazilah yang tak pernah jemu memberi kata-kata semangat dan tak pernah jemu membantu kami melebarkan sayap menyebarkan manfaat Asmak dan menaja pelbagai pertandingan bersama Asmak dengan hadiah yang menarik.

Selama lebih kurang 10 bulan Nurul bersama Asmak, Nurul rasa macam dah lama je sertai Asmak dan rasa rugi tak sertai dari mula Nurul gunakan Minyak Herba Asmak ni. Alangkah ruginya kan? Mungkin dulu, tak terfikir. Tapi sekarang, dah boleh buka mata dan buka minda bahawa apa segala yang kita buat, pastikan niat tu hanya kerana Allah semata-mata, bukan keuntungan semata-mata tapi sebab keberkesanan, kemujaraban dan keserasiannya pada pelanggan buat Nurul gembira dan terus bersemangat hingga kini.

Kalau nak tahu, macam-macam Nurul dapat sejak sertai Asmak tak kiralah dari KG Faz mahupun dari HQ. Selain dari penghargaan capai target kumpulan dan target HQ, Asmak ni istimewa sangat sebab selalu buat pertandingan untuk pengedar mahupun pengguna. Seronoknya hanya Allah je tahu bila kita dapat tau. Jarang sekali lah Nurul jumpa CEO dan HQ yang nak bagi hadiah kat pengedar. Boleh dikatakan setiap bulan ada saja pertandingan anjuran HQ Asmak. Ada tu memang ada tapi takde lah macam Asmak ni. Istimewa sangat!

Alhamdulillah, tahun ni tahun kedua Nurul dapat belanja anak-anak beli makanan apa yang mereka gemari, beli mainan atau baju dan bagi ibu ayah Nurul duit poket. Syukur dapat bagi ibu ayah dan mertua duit raya dan hadiah sikit. Sebelum ni Nurul pernah terjebak buat jualan roti secara kecil-kecilan tapi sejak alahan mengandung anak ketiga suami minta berhenti dan rehat. Hampir 2 tahun juga berniaga roti tu.

Rasa seronok sangat Ramadhan kali ni, sebab apa? Semuanya hasil dari usaha Nurul, berkat dari sokongan suami dan kawan-kawan dalam kumpulan Asmak. Biasa guna duit suami bagi Nurul yang setiap bulan tu je. Tapi sekarang, lain tau. Hasil usaha kita. Paling seronok Nurul dapat belikan kuih raya dan set tupperware raya buat ibu dan emak-emak mertua serta belikan baju raya anak-anak buah Nurul.

Asmak ni istimewa sangat. Istimewa bukan sahaja dengan produknya yang luar biasa keserasiannya malah penuh dengan kejutan hadiah tau. Pelanggan Nurul rata-rata cakap seronok la beli dengan Nurul sebab ada je terselit hadiah. Malah mereka suka ulang beli sebab keserasiannya yang melegakan dan mujarab. Semuanya dengan izin Allah jua. Kita ikhtiar, Allah sembuhkan. Ingat tu.

Kadang-kadang, bila fikir balik macam tak percaya, tapi itulah bila dah jadi semuanya tak disangka.

Syukur pada Allah dengan rezeki yang diberi ini. Moga Allah mudahkan urusan Nurul dalam menyebarkan manfaat Asmak kepada orang lain yang memerlukan.

Jom sertai Asmak. Kita buat sampai dapat!

#AsmakDiamondMerdeka
#WeAreFamily
#Asmak
#MamaNurulAsmak

Comments

Popular posts from this blog

VITAMIN C SEMULAJADI

KHASIAT MADU YANG BAIK UNTUK TUBUH BADAN MANUSIA

PERTOLONGAN ALLAH DATANG PADA WAKTU YANG TEPAT