UBAT BATUK UNTUK IBU MENGANDUNG BAHAYA ATAU TIDAK?

UBAT BATUK UNTUK IBU MENGANDUNG TAK BAHAYA KE ?

Kebiasaannya kalau orang biasa macam kita ni kalau batuk je mesti cari ubat batuk. Tapi macam mana pula dengan ibu mengandung? Ni kes istimewa sikit. Nak minum ubat batuk risau beri kesan dekat bayi dalam kandungan. 

Menurut Sistem Kesihatan Universiti Michigan, adalah lebih baik anda elak semua ubat-ubatan semasa 12 minggu pertama kandungan sebab masa ni merupakan waktu kritikal untuk perkembangan organ janin anda. Kalau anda nak ambil sebarang ubat tak kisah lah ubat apa pun dapatkan nasihat doktor dulu.

Antara beberapa ubat-ubatan yang telah dikategorikan sebagai selamat selepas usia kandungan mencecah 12 minggu adalah:
Minyak angin untuk dada, dahi dan bawah hidung
Ubat batuk atau ubat hisap
Ubat demam atau Panadol
Ubat tahan sakit atau muntah

Jadi kalau ibu-ibu diluar sana batuk ketika mengandung , apa yang perlu dilakukan adalah rehat dengan cukup, minum banyak air dan kumur air garam jika anda batuk dan sakit tekak.

Jika sakit anda semakin teruk, anda boleh cuba:
mandi air panas
makan sup ayam
campurkan madu, halia dan lemon dalam air panas
gunakan pek sejuk atau suam pada dada

Semasa anda mengandung, salah satu perubahan yang akan anda hadapi adalah sistem imunisasi badan menjadi lemah. Sistem imunisasi yang lemah akan menjejaskan kesihatan anda dan boleh memberi kesan  kandungan anda.

Walau bagaimanapun, anda boleh cuba untuk mengelakkan diri dari mendapat jangkitan dengan melakukan perkara-perkara ini setiap hari:

Kerap basuh tangan dengan betul
Tidur yang mencukupi
Makan makanan yang seimbang
Jauhkan diri dari keluarga atau rakan yang sakit
Bersenam
Kurangkan tekanan

Walaupun, ubat batuk untuk ibu mengandung tak berbahaya, anda tetap perlu berhati-hati sebelum mengambil apa-apa ubat. Sentiasa minta nasihat doktor sebelum anda makan apa-apa ubat. 

Cara yang mudah dan selamat untuk anda adalah dengan mengamalkan rawatan semula jadi dari rumah dan hanya mengambil ubat jika anda betul-betul memerlukannya. 

kredit : TheAsianParent.com


#MinyakHerbaAsmak

Comments

Popular posts from this blog

VITAMIN C SEMULAJADI

KHASIAT MADU YANG BAIK UNTUK TUBUH BADAN MANUSIA

PERTOLONGAN ALLAH DATANG PADA WAKTU YANG TEPAT