RESEPI AIR LIMAU MADU HALIA



Bahan-bahan:
1 liter air sejuk atau air suam
7-9 biji limau kasturi (bergantung pada citarasa kemasaman yang digemari)
Madu Halia Bentong
5-7 helai daun pudina

Cara-caranya:
  1. Sediakan air masak 1 liter. Terpulang pada anda, hendak berbuka dengan air sejuk atau air suam. Nurul memang tak boleh tinggal air sejuk. Hehehe. Jadi, Nurul gunakan air sejuk.
  2. Basuh dan potong limau kasturi kepada dua dan buang bijinya. Kemudian perah dan ambil pati limau kasturinya.
  3. Selepas itu, basuh daun pudina sehingga bersih kemudian ramas untuk keluarkan baunya meresap ke dalam air.
  4. Masukkan pati limau kasturi dan daun pudina ke dalam jag berisi air kemudian kacau rata.
  5. Tuangkan sedikit ke dalam gelas yang hendak diminum, anggaran dalam 200ml air dan ambil sesudu madu halia bentong, kemudian kacau rata.
  6. Air limau madu halia siap untuk diminum.

Tips :
Sesuai dihidangkan untuk orang yang menjaga kesihatan terutamanya yang sedang berdiet atau menjaga makan sepanjang minggu.

Khasiat madu halia bentong ni memanaskan tubuh badan, memberi tenaga dan kesegaran, membuang angin dalam badan, membantu melancarkan proses pencernaan serta membantu menurunkan berat badan.

Resepi semudah ABC.
Selamat mencuba.
Semoga bermanfaat.

Raikan hari anda dengan penuh kesyukuran dan kegembiraan dengan nikmat dariNya.

#ResepiSihatDariSuriAsmak
#MaduHaliaBentong
#sayapenggunasayapenjual
#AsmakDiHati
#MamaNurulAsmak

#WeAreTeamFaz

Comments

Popular posts from this blog

VITAMIN C SEMULAJADI

KHASIAT MADU YANG BAIK UNTUK TUBUH BADAN MANUSIA

PERTOLONGAN ALLAH DATANG PADA WAKTU YANG TEPAT