Posts

Showing posts from May, 2020

SESUDU YANG BERKHASIAT DAN MEMBERI TENAGA SEPANJANG HARI

Image
Bertahun-tahun tak ganti puasa berhari-hari. Tahun ni allah bagi rehat lama. Lama sungguh, sampai 15hari kena ganti. Bertabah la Nurul. Isk isk isk. Moga sempat la nak habiskan sebelum Syawal habis. Mari la kita minum susu dengan madu kurma merah moga-moga bertenaga je esok hari nak layan anak-anak bertuah dan lawas je tak buasir lagi. Serammm.

KEPERLUAN YANG DIWAJIBKAN UNTUK SEISI RUMAH

Image
Tetamu tak boleh berkunjung ke rumah. Kita isi, anak-anak yang makan. Kita isi, kita yang makan. Kita sajalah tetamu dari pagi sampai ke malam. Yang dah SEDIA tu tak mengapa, nanti ada gunanya jua. Mana tahu nak berpindah milik ke tuan baru pula kan? Yang tak ada lagi tu jom sedia satu. Serba serbi saling melengkapi. Haaa, gitu. #handsanitizer #minyakherbaasmak

JANGAN PANDANG SEBELAH MATA

Image
".....Halahhh minyak je pun.. Semua sama saja, mane ade beza..." Eh.. siapa kataaa! Minyak Herba Asmak ni didatangkan dengan pelbagai keistimewaan yang unik sejak tercipta. Orang sapu sekali dah terpikat. Bila guna selalu bertambah-tambah jatuh cintanya. Ada yang cuba dengan saiz kecil dulu. Bila dah serasi terus bertukar pada saiz besar. Katanya untuk kegunaan di rumah pakai yang besar, isi dalam botol kecil untuk guna luar rumah. Bak kata orang, selesa jangan sorang-sorang. Dah rasa, kena kongsikan bersama. Tak gitu? Haaa, jom sebotol.

PEMANIS MULUT YANG SEDAP DAN BERKHASIAT

Image
Pengganti gula, pemanis mulut yang sedap dan berkhasiat. Pelbagai cara dan menu kreatif yang pelbagai bokeh dioalah mengikut citarasa.

RESEPI SAMBAL TOTOK MODEN

Image
Hari ni dah jemu lauk-lauk bersantan dan berkuah, maka godek-godek barang kat dapur jadilah sambal totok moden versi malas. Hihihi. Rumah ni sejak pindah memang tak ada lesung batu, maka dikisarkan saja dalam mesin pengisar tangan sekejap. Jom cuba, pasti tak lupa kat Nurul lepas ni. Sebab sedap hingga licin periuk nasi. Wakakakaka. RESEPI SAMBAL TOTOK MODEN Bahan-bahan: 1/2 biji bawang besar 1 batang lada merah 5 batang cili padi hijau Segenggam ikan bilis Sedikit belacan Caranya: -gorengkan belacan seketika hingga masak -gorengkan bahan-bahan lain hingga kecut -tumbuk bahan asal hancur sedikit kalau malas menumbuk gunakan saja mesin kisar kering dan kisar sekejap. Selamat mencuba. Semoga bermanfaat. #mamanurulasmak

RESEPI LONTONG PURI

Image
Biasanya tulang ni orang suka masak sup tulang kan? Ke ada lagi yang lebih best dan sedap? Nak tahu tak Nurul masak apa dengan tulang ni? Jom tengok resepi mudah Nurul. LONTONG PURI Bahan-bahan: -1 biji bawang besar -5 ulas bawang putih -1 tin sedang pes tomato -2 batang lobak merah -1 biji tomato -5 senduk lada kisar Caranya: -goreng bawang yang telah dihiris hingga kuning keemasan -masukkan lada kisar dan tumis hingga pecah minyak -masukkan pes tomato dan sedikit air -kemudian masukkan tulang dan gaul sebati -perasakan garam dan gula -masak hingga daging pada tulang empuk secukup rasa -masukkan tomato cincang dan lobak merah yang dipotong dan masak hingga lobak merah empuk -gaul sebati dan rata -siap sedia dimakan bersama nasi impit atau spagheti -taburkan bawang goreng dan daun sup secukup rasa mengikut citarasa Selamat mencuba Semoga bermanfaat #mamanurulasmak

DERUAN ANGIN BAGAI DILANDA OMBAK

Image
Prot...prot...prottt... Menderu-deru angin keluar. Ringan rasa badan... Sedap dan berkhasiat. Maklumlah musim raya ni makan lemang la ketupat palas la makan pulut mangga la pulut durian... Bila dah makan macam-macam tu angin la sebadan. Jangan biar naik sampai kepala tau. #mamanurulasmak

KESELESAAN YANG BERKESAN

Image
Legaaa... Selesa... Nyamannn... Bila penat diurut dengan si hitam manis ni.

KEK BATIK MUDAH DAN SEDAP

Image
Raya tanpa kek batik macam tak lengkap, jom tengok resepi dari nurul. Kek Batik Mudah dan Sedap Bahan-bahan: 1 buku butter 1 paket biskut marie 1/2 cawan gula 1/2 cawan serbuk koko 4 sudu besar susu pekat 1 biji telur 1/2 cawan air 1/4 sudu teh esen vanilla Caranya : -Kacau butter, gula, serbuk koko, susu pekat semasa api perlahan. -Bila dah cair dan sebati masukkan telur dan air kemudian kacau rata. -Masukkan biskut yang dah dibelah 4 dan kacau sampai semua biskut bersalut coklat. -Tutup api dan boleh la letak dalam bekas. -Tapi Nurul lagi suka masuk plastik. Macam buat nasi impit dulu-dulu. Tekan bagi dia padat dan tebal. -Kemudian letak dalam peti ais untuk bagi coklat keras. Selamat mencuba Semoga bermanfaat #mamanurulasmak

RESEPI RENDANG DAGING BERDENDANG

Image
Kalau dah namanya raya di rumah sendiri tu, kena masak menu raya sendiri la jawabnya kan. Masak tu jangan berangan, jangan berendam air mata tau. Isk isk isk. Meh tengok resepi rendang daging, kalau rajin kukus la lemang cara moden. Ngam sangat la tu lawan dengan rendang. Bahan-bahan: 1 kg daging dipotong kecil 25 tangkai cili kering 4 biji bawang sederhana besar 6 ulas bawang putih 4 inci halia 2 inci lengkuas 4 inci kunyit hidup 4 batang serai 2 helai daun kunyit dihiris 2 keping asam keping 2 sudu besar kerisik 1 peket kecil rempah rendang adabi Garam dan gula secukup rasa Minyak untuk menumis Caranya: -Kisarkan bahan tumisan hingga halus. -Tumiskan sampai naik minyak. -Masukkan daging dan kacau rata. -Masukkan sedikit air dan biar ia mendidih. Kecilkan api supaya sebati masakan. -Kacau rata dan bila nampak kuah dah hampir pekat, bubuh garam dan gula, asam keping serta kerisik. -Kacau lagi dan akhir sekali tabur hirisan daun kunyit. #mamanurulasmak

MUSIM PERAYAAN MUSIM PENYAKIT BERJANGKIT

Image
Tips untuk ibu bapa prihatin di musim wabak covid 19 Ketika musim perayaan ada yang berkumpul adik beradik atau melawat saudara mara terdekat. Ada juga yang melawat jiran tetangga kerana tak dapat balik beraya. Bila ada seseorang yang batuk, selesema atau demam, mulalah yang lain pun turut sama berjangkit. Kanak-kanak dan bayi mahupun warga emas adalah golongan yang paling berisiko untuk mudah terkena penyakit berjangkit kerana ketahanan badan mereka adalah rendah. Ibu bapa yang prihatin pasti sudah siap bersedia untuk melindungi anak masing-masing kan? Walaupun ada yang beraya di rumah sendiri saja, kita kena sentiasa bersedia tau. Baiklah, di sini Nurul kongsikan beberapa tips untuk anda praktikkan. 1. Pastikan penjarakan sosial di jaga. 2. Pakai mask dan hand sanitizer. 3. Sediakan hand sanitizer di poket baju anda. 4. Siap sedia sekali Minyak Herba Asmak kerana kegunaannya bukan sahaja untuk semput, batuk, kahak, selsema, tapi juga membantu melegakan kembung perut

RESEPI KEK MARBLE NOXXA

Image
Bahan kisar: 3 biji telur 1 cawan gula  1 cawan minyak masak 2 sudu besar susu manis 1 sudu teh esen vanilla (Dikisar hingga halis dan kembang dalam mesin kisar) Bahan kering: 2 cawan tepung 2 sudu teh serbuk penaik 1 sudu besar serbuk koko dibancuh dengan 2 sudu air suam Caranya: -kisar bahan basah dalam mesin pengisar -masukkan bahan kisar ke dalam bahan kering dan kaup rata -asingkan kepada dua bahagian yang mana satu adalah original dan satu lagi dicampur dengan bancuhan serbuk koko dan air suam -masukkan bahan ke dalam inner pot secara berselang seli -lorekkN sedikit untuk kelihatan cantik -tutup rapat periuk dan set kepada steam selama 25 minit. -setelah habis masa, tunggu seketika baru keluarkan dari inner pot. Selamat mencuba Semoga bermanfaat  #mamanurulasmak

KARIPAP ROTI BERINTI DAGING

Image
Nurul tak tahu nak buat apa nak habiskan roti kat dapur tu. Semalam dah buat puding roti kegemaran kakak, lepas tu godeh cik google dapat idea untuk buat roti goreng berinti. Kebetulan inti daging buat kuih cara ada lagi. Guna saja bahan yang ada. Mudah kerja. Bahan-bahan: -roti putih -telur -garam -tepung gandum -air masak -inti daging kuih cara (resepi sebelum ni) Cara-caranya: -potongkan bahagian tepi roti kemudian gelekkan roti hingga nipis -letakkan inti di separuh bahagian roti -sapukan bancuhan tepung gandum sebagai pelekat -lipat roti untuk tutup dan tekan dengan garfu -panaskan kuali -celupkan roti ke dalam telur dan goreng sampai warna kuning keemasan Selamat mencuba Semoga bermanfaat #mamanurulasmak

RESEPI KUIH CARA LEMBUT DAN SEDAP

Image
Bahan inti: -daging kisar -bawang besar -bawah putih -serbuk kari -garam  Cara: Tumis bahan inti hingga masak Bahan kuih cara : -1 biji telur -1 cwn santan/susu cair -1 sudu teh garam -1 cawan tepung gandum -1 cawan air masak -serbuk kunyit/ pewarna kuning Cara: kisarkan semua bahan kuih cara dalam pengisar sehingga sebati Cara buat kuih cara :  -oleskan minyak masak di acuan -panaskan acuan -masukkan bahan kisar dan tutup acuan serta tunggu sekejap -masukkan inti yg dh dimasak atau letak gula jika hendak buat cara manis -tabur lada dan daun sup jika suka -tutup semula acuan dn tunggu 4-5mnt hingga masak Selamat mencuba Semoga bermanfaat  #mamanurulasmak

REZKI BERSAMA ASMAK YANG BERPANJANGAN

Image
Pin pin...Pin pin.. Abang, tolong ambilkan barang, rasanya abang tu. Barang saya semua dah sampai. Ermmm, barang sayang la bukan barang abang. Wahhh, Alhamdulillah. Terima kasih Puan Nor Fazilah Abd Mohd dan Encik Mohd Selodi Md Ghazali untuk hadiah ni serta seluruh team HQ Asmak yang menguruskan. Agen-agen Nurul, Nor Afihana, Nadlin Baharudin, Aida Azmi, Ezzah Syafiqah, zatul himmah dan lain-lain yang tak ada FB nanti Nurul poskan kad raya Asmak ye. Tunggu! Dengan Asmak, bukan untung semata-mata tapi ukhwah dan manfaat yang luar biasa itu keistimewaan keluarga Asmak. #mamanurulasmak #agenasmakkotamasai

SAMPUL RAYA EKSLUSIF DARI TEAM ASMAK

Image
Tak sampai seminggu nak sambut aidilfitri da kita semua. Jom abadikan kenangan beraya di rumah sendiri. Setiap belian produk asmak dapat PERCUMA sampul duit raya ekslusif dari team Asmak. #agenasmakkotamasai #mamanurulasmak

AYAM GORENG REMPAH BERMADU

Image
Salah satu menu kesukaan setiap kali waktu sahur.Kali ni cuba tambah madu halia bentong dan habatussauda Asmak. Makan dengan nasi minyak memang padu 😋👍👍 Sesapa nak kongsikan silakan 🤗 AYAM GORENG BEREMPAH MADU Bahan-Bahan: ✔ 1/2 ekor ayam di potong 4@6 bahagian(nak buat banyak boleh gandakan) ✔ 1/2 pek kecil serbuk kari ayam ✔ 1 sudu besar cili kering kisar ✔ 2 batang serai ✔ 1/2 labu bawang besar/holland ✔️2 ulas bwg putih ✔️1 sdt habatussauda ✔️1sdt biji ketumbar ✔️1 sdt jintan manis ✔️1sdt jintan putih ✔1@2 sdb madu halia ✔ garam halus secukup rasa ✔️2 sdb tepung beras ✔️1 sdb tepung jagung ✔️2 tangkai daun kari Cara Penyediaan: 1.kisar serai,bwg merah dan bawang putih 2.Habatussauda,ketumbar,jintan manis dan jintan putih di sangai kering dan di kisar@di tumbuk halus 3. Semua bahan-bahan di atas di gaul dengan ayam dan diperap selama 2 jam. 4. Panaskan kuali dengan api yang sederhana dan goreng sehingga garing. Jangan guna api besar kerana madu aka

MADU KURMA YANG SEDAP DAN BERKHASIAT

Image
Kawan-kawan yang sembelit kronik tu elok sangat konsisten madu kurma merah, bukan badan je ringan dan sihat, malah melawaskan sembelit dan menambah banyak susu badan. Bonus sangat buat yang mengandung dan selalu bacaan HB rendah tu. Sedap dan berkhasiat!

TAUHU BERLAUK SEDAP DAN MUDAH

Image
Bahan-bahan : 4 keping tauhu biasa 2 pek tauhu telur 2 biji telur 2 ketul isi ayam Lobak merah Bawang besar Serbuk lada hitam Garam Cili padi Bawang putih Kicap manis Cara-cara: 1. Kisar telur bersama tauhu, tauhu telur dan isi ayam hingga halus. 2. Masukkan garam dan serbuk lada hitam. 3. Hiris halus bawang besar dan lobak merah 4. Tuangkan bahan kisar ke dalam belas kukus dan masukkan lobak merah dan bawang besar yang telah dihiris. 5. Kukus selama 20-30minit 6. Biarkan sejuk seketika mudah untuk dipotong dan tak hancur 7. Pukul telur bersama garam 8. Celupkan tauhu yang telah siap dipotong ke dalam telur dan goreng hingga keemasan. 9. Bakar bawang putih dan kisar bersama cili padi. Kemudian tuangkan kicap manis dan gaul rata. 10. Siap untuk dimakan. Selamat mencuba. Semoga bermanfaat. #mamanurulasmak