KEK BATIK MUDAH DAN SEDAP



Raya tanpa kek batik macam tak lengkap, jom tengok resepi dari nurul.

Kek Batik Mudah dan Sedap

Bahan-bahan:
1 buku butter
1 paket biskut marie
1/2 cawan gula
1/2 cawan serbuk koko
4 sudu besar susu pekat
1 biji telur
1/2 cawan air
1/4 sudu teh esen vanilla

Caranya :

-Kacau butter, gula, serbuk koko, susu pekat semasa api perlahan.
-Bila dah cair dan sebati masukkan telur dan air kemudian kacau rata.
-Masukkan biskut yang dah dibelah 4 dan kacau sampai semua biskut bersalut coklat.
-Tutup api dan boleh la letak dalam bekas.
-Tapi Nurul lagi suka masuk plastik. Macam buat nasi impit dulu-dulu. Tekan bagi dia padat dan tebal.
-Kemudian letak dalam peti ais untuk bagi coklat keras.

Selamat mencuba

Semoga bermanfaat

#mamanurulasmak




Comments

Popular posts from this blog

KHASIAT BUNGA RAYA

VITAMIN C SEMULAJADI