VIETNAM ROLL KEGEMARAN CIK ABANG SAYANG



Bulan puasa ni cik abang mengidam macam-macam. Biasalah anak tekak kita ni kan kalau dah sehari berpuasa nak makan itulah nak makan inilah kan? Hihihi.

Kalau nak mudah beli je, tapi dah pernah beli tak sesedap yang disangka tambah pula sosnya tak kena dengan tekak kami. Jadi buatlah kami secukup rasa. Alhamdulillah dapatlah beri 2 jiran semalam. Kongsi rezeki yang ada.

Jom tengok resepi mudah saja. Semua boleh buat. Tak cuba tahu, dah cuba pasti mahu. Kikikiki.

Vietnam spring roll cik abang sayang

Bahan-bahan :
-rice paper
-air masak
-suhun
-timun jepun
-lobak merah
-salad
-udang
-jejari ketam
-cili padi
-lada merah
-bawang putih
-madu asli asmak
-limau nipis
-garam

Cara-cara:
1. Basuh kesemua sayur.
2. Hiris panjang timun dan lobak merah.
3. Celurkan udang, jejari ketam, lobak merah dan suhun.
4. Rendam sekejap rice paper kemudian letak segala jenis sayur di sebelah kiri dan udang / jejari ketam di sebelah kanan.
5. Gulung kemas dan siap terhidang.
6. Kisar halus bawang putih, cili padi, lada merah dan garam.
7. Perahkan limau dan letak madu asli asmak secukupnya.

Selamat mencuba.

Semoga bermanfaat.







Comments

Popular posts from this blog

KHASIAT BUNGA RAYA

VITAMIN C SEMULAJADI