KARIPAP ROTI BERINTI DAGING
Nurul tak tahu nak buat apa nak habiskan roti kat dapur tu. Semalam dah buat puding roti kegemaran kakak, lepas tu godeh cik google dapat idea untuk buat roti goreng berinti. Kebetulan inti daging buat kuih cara ada lagi. Guna saja bahan yang ada. Mudah kerja.
Bahan-bahan:
-roti putih
-telur
-garam
-tepung gandum
-air masak
-inti daging kuih cara (resepi sebelum ni)
Cara-caranya:
-potongkan bahagian tepi roti kemudian gelekkan roti hingga nipis
-letakkan inti di separuh bahagian roti
-sapukan bancuhan tepung gandum sebagai pelekat
-lipat roti untuk tutup dan tekan dengan garfu
-panaskan kuali
-celupkan roti ke dalam telur dan goreng sampai warna kuning keemasan
Selamat mencuba
Semoga bermanfaat
#mamanurulasmak
Comments
Post a Comment