AYAM GORENG REMPAH BERMADU



Salah satu menu kesukaan setiap kali waktu sahur.Kali ni cuba tambah madu halia bentong dan habatussauda Asmak.

Makan dengan nasi minyak memang padu 😋👍👍

Sesapa nak kongsikan silakan 🤗

AYAM GORENG BEREMPAH MADU

Bahan-Bahan:
✔ 1/2 ekor ayam di potong 4@6 bahagian(nak buat banyak boleh gandakan)
✔ 1/2 pek kecil serbuk kari ayam
✔ 1 sudu besar cili kering kisar
✔ 2 batang serai
✔ 1/2 labu bawang besar/holland
✔️2 ulas bwg putih
✔️1 sdt habatussauda
✔️1sdt biji ketumbar
✔️1 sdt jintan manis
✔️1sdt jintan putih
✔1@2 sdb madu halia
✔ garam halus secukup rasa
✔️2 sdb tepung beras
✔️1 sdb tepung jagung
✔️2 tangkai daun kari

Cara Penyediaan:
1.kisar serai,bwg merah dan bawang putih
2.Habatussauda,ketumbar,jintan manis dan jintan putih di sangai kering dan di kisar@di tumbuk halus
3. Semua bahan-bahan di atas di gaul dengan ayam dan diperap selama 2 jam.
4. Panaskan kuali dengan api yang sederhana dan goreng sehingga garing. Jangan guna api besar kerana madu akan menjadikan ayam cepat hangit. Angkat dan tos kan.
5. Jika ada lebihan boleh simpan frozen.Nak makan baru keluarkan dan goreng panas2.

Selamat Mencuba !!

Kredit : azura zakaria


Comments

  1. mari gabung bersama kami di Aj0QQ*c0M
    BONUS CASHBACK 0.3% setiap senin
    BONUS REFERAL 20% seumur hidup.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

KHASIAT BUNGA RAYA

VITAMIN C SEMULAJADI