KARIPAP BESAR BERINTI DAGING MUDAH




Bahan-bahan:

🥩Inti karipap
-daging rebus dicincang dadu
-bawang besar dipotong dadu
-telur
-serbuk lada hitam
-garam

*Boleh juga guna inti sardin atau kentang ikut citarasa masing-masing.

🥟Doh karipap
-3 cawan tepung gandum
-1 1/4 cawan air panas
-1 sudu besar marjerin
-2 sudu besar minyak masak
-1 sudu teh rata garam

Cara-cara buat karipap :
- Bancuhkan air panas, garam, marjerin dan minyak
- Masukkan bancuhan tadi sedikit demi sedikit ke dalam bekas berisi tepung sambil gaul guna senduk kayu
- Pastikan adunan tak terlalu lembek dan tak terlalu keras
- Gaul rata dan sekata dan bahagikan kepada 8 biji doh
- Tabur sedikit tepung nak elakkan dari melekat. Gelek rata doh, agak-agak tak tebal sangat dan tak nipis sangat.
- Bentukkan bulat guna piring kuih atau loyang.
- Alihkan doh karipap yang bulat tadi ke atas piring
- Letakkan daging yang dah dibancuh bersama telur, garam dan serbuk lada hitam.
- Tutup inti karipap dan rapatkan
- Tak perlu kelim hanya tekap dengan garfu saja
- Ambil lagi satu piring dan terbalikkan karipap untuk diangkat masuk ke dalam kuali

Cara goreng karipap :
-Gunakan api sederhana kecil
-Pastikan minyak banyak dan sederhana panas, lepas masukkan karipap, siram minyak ke atas karipap dengan kerap untuk jadikan telur dalam karipap bersarang dan karipap masak dengan warna kuning keemasan.

Selamat mencuba.
Semoga bermanfat.

#resepimudahmaketonsayang
#mamanurulasmak













Comments

Popular posts from this blog

VITAMIN C SEMULAJADI

KHASIAT MADU YANG BAIK UNTUK TUBUH BADAN MANUSIA

PERTOLONGAN ALLAH DATANG PADA WAKTU YANG TEPAT