BISKUT CHIP COKLAT NESTUM BERMADU





Bahan-bahan :
150gm butter
1/2 cawan gula perang
Sedikit esen vanilla
2 sudu besar madu asli asmak (Nurul guna madu kurma merah)
1 sudu kecil serbuk penaik
1/2 sudu kecil soda bikarbonat
1 sudu besar tepung beras
1 sudu besar tepung jagung
1 1/2 cawan tepung gandum
2 sudu besar susu tepung
1/2 cawan nestum
1/2 cawan chip coklat

Cara-cara:
- pukul rata butter, gula, esen vanilla dan madu asli asmak.
- masukkan serbuk penaik, bikarbonat, tepung beras, tepung jagung dan susu tepung kemudian gaul rata.
- masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit dan gaul rata.
- masukkan nestum dan chip coklat. Kalau ada kepingan badam boleh masukkan juga setengah cawan.
- gaul rata dan simpan dalan peti ais selama setengah jam.
- bakar pada suhu 160’ selama 20-30minit bergantung pada oven.

Selamt mencuba.

Semoga bermanfaat.

Kredit : resepi asal Azlina Ina

#mamanurulasmak



Comments

Popular posts from this blog

VITAMIN C SEMULAJADI

KHASIAT MADU YANG BAIK UNTUK TUBUH BADAN MANUSIA

PERTOLONGAN ALLAH DATANG PADA WAKTU YANG TEPAT