RESEPI LONTONG PURI



Biasanya tulang ni orang suka masak sup tulang kan?

Ke ada lagi yang lebih best dan sedap?

Nak tahu tak Nurul masak apa dengan tulang ni? Jom tengok resepi mudah Nurul.

LONTONG PURI

Bahan-bahan:
-1 biji bawang besar
-5 ulas bawang putih
-1 tin sedang pes tomato
-2 batang lobak merah
-1 biji tomato
-5 senduk lada kisar

Caranya:
-goreng bawang yang telah dihiris hingga kuning keemasan
-masukkan lada kisar dan tumis hingga pecah minyak
-masukkan pes tomato dan sedikit air
-kemudian masukkan tulang dan gaul sebati
-perasakan garam dan gula
-masak hingga daging pada tulang empuk secukup rasa
-masukkan tomato cincang dan lobak merah yang dipotong dan masak hingga lobak merah empuk
-gaul sebati dan rata
-siap sedia dimakan bersama nasi impit atau spagheti
-taburkan bawang goreng dan daun sup secukup rasa mengikut citarasa

Selamat mencuba

Semoga bermanfaat

#mamanurulasmak






Comments

Popular posts from this blog

VITAMIN C SEMULAJADI

KHASIAT MADU YANG BAIK UNTUK TUBUH BADAN MANUSIA

PERTOLONGAN ALLAH DATANG PADA WAKTU YANG TEPAT